⌘ CARA
ATASI BILA ANDA TERCEKIK TULANG IKAN ⌘
Note:
This
article is written in Malay language. If you’d like to read in English or other
languages, please make use TRANSLATE
(by Google) button provided at sidebar - located at
the right handside of my blog. (function applicable for WEB VERSION / DEKSTOP VIEW only)
Saya terpanggil untuk menulis tentang topik
ini disebabkan apa yang berlaku kepada saya baru-baru ini. Selalunya kes ini ‘settle
on the spot’ & ini adalah kali pertama kes ini berlaku kepada saya yang
ianya tidak selesai dalam masa 1 hari. Saya ni langsung tak ‘religious’
orangnya, percaya atau tidak – inilah cara saya atasi masalah saya ini. Kita
biasanya akan belajar lebih dari pengalaman diri sendiri. Hmmm... ‘proven to be true.’
☀ HARI PERTAMA ☀
Pada suatu hari dalam bulan Mac 2016, saya
sedang makan tengahari berlauk kan ‘Ikan
Merah Masak Asam Pedas’ di rumah. Ia memang lah salah satu makanan
kegemaran saya.
Tiba-tiba, tekak saya berasa sakit & rasanya seperti tulang
ikan yang tertusuk di tekak saya ni. Saya terus mencuba beberapa teknik yang
biasa saya buat sejak kecil lagi & teknik baru seperti:
1)
✪Telan kepalan nasi
2)
✪Telan kepalan roti
3) ✪Telan sebahagian pisang yang tidak
dikunyah
4) ✪Muntah kan
5) ✪Memasukkan jari saya sedalam boleh ke
dalam tekak untuk mencapai tulang tersebut
6) ✪Minum air banyak-banyak
7) ✪Minum sesudu cuka yang mungkin dapat
membantu melembutkan tulang ikan, dengan harapan tulang itu senang digerakkan
atau hancur
Walau bagaimana pun, saya masih rasakan
tulang itu masih di tekak saya. Memang sah tulang ini betul-betul tertusuk di tekak saya (bukan hanya tersangkut),
saya agak itulah sebabnya ia tidak mudah digerakkan (secara teori).
Saya berasa cemas & mula membaca
tips-tips dari orang yang pernah alami pengalaman ini & juga nasihat doktor
di websites mereka. Saya baru tahu ada nya doktor yang pakar dalam mengeluarkan
tulang ikan. (type je kat google: ‘Doktor Tulang Ikan’, nanti jumpa lah
infonya). Doktor tersebut mempunyai alat-alat tersendiri seperti sepit panjang, di mana saya difahamkan
sepit itu ada di pasaran & anda boleh membelinya untuk kegunaan di rumah
jika mahu.
Berdasarkan pembacaan saya, doktor berkata
sekiranya teknik-teknik sendiri yang telah saya cuba di atas tidak berjaya, anda
mempunyai pilihan untuk:
1)
✪Terus melawat doktor pakar supaya doktor boleh
memeriksa keadaan tekak anda & membantu mengeluarkannya
*atau*
2) ✪Membiarkan sahaja tulang tersebut selama
2-3 hari dahulu kerana selalunya tulang ikan akan hancur dalam badan manusia setelah 2-3 hari oleh kerana sistem penghadaman semulajadi
badan manusia.
Dalam hari pertama kejadian ini, saya pun
membiarkan sahaja tulang itu yang masih tertusuk di tekak saya & tidur.
☀ HARI KEDUA ☀
Bila saya bangun tidur dalam hari kedua,
saya masih merasakan tulang tersebut di tekak saya & saya makan seperti
biasa dengan mengulangi lagi beberapa teknik sendiri seperti yang telah saya
ceritakan. Namun, sama juga – tiada perubahan. Menjelang petang, tekak saya
mula merasa bengkak, rasanya sama seperti jika anda terkena flu & bengkak
tekak.
Saya biarkan sahaja lagi, tidak mahu
melawat doktor kerana saya tiada keyakinan & tidak mahu mengambil risiko.
Saya masih sayangkan tekak saya (he he) & berharap kes ini akan selesai
secara semulajadi (natural way). Jadi, saya cuma usaha & ikhtiar mengikut
kemampuan saya sahaja yang saya yakin ia adalah jalan selamat untuk saya. Saya
yakin, Tuhan faham kemampuan manusia adalah terbatas. Sebelum tidur saya berfikir,
saya tahu saya telah ber-usaha & ber-ikhtiar dan inilah masanya untuk saya
ber-tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdasarkan nasihat orang yang saya percayai,
saya pun membaca doa seperti di bawah dengan memahami maknanya sekali.
Inilah yang saya baca,
beserta maknanya-lebih kurang:
Bismillahirrahmannirrahim.
(Dengan nama Allah yang maha pemurah &
maha penyayang.)
Alhamdulillahirabbil
alamin.
(Segala puji-pujian tertentu hanya bagi
Allah, tuhan sekalian alam.)
Wassalatu
wassalamu ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasahbihi ajmain.
(Solat & salam ke atas Nabi Muhammad & ahlul baitnya.)
Assalamualaika
ayyuhannabiyu warahmatullahiwabarakatuh.
(Memberi salam kepada Nabi Muhammad.)
Allahumma
salli ala sayyidina muhammad wa’ala aali sayyidina muhammad.
(Berdoa kepada Allah supaya men-sejahterakan
Nabi Muhammad & ahlul bait menerusi bacaan selawat.)
Bismillahi
tawakkaltu alallah, la hawla wala kuwwata illa billa hil aliyyil ‘azim.
(Dengan nama Allah, aku ber-tawakkal
kepada Allah, tidak ada daya upaya melainkan kuasa besar Allah.)
Berdasarkan kefahaman saya, bila kita
mendoakan kesejahteraan Nabi Muhammad iaitu kekasih Allah, Allah akan lebih sayang
dengan kita & doa kita yang baik untuk kita akan makbul. Saja saya jelaskan
hal ini sekiranya ada yang terfikir kenapa doa saya panjang sangat & kenapa
mendoakan kesejahteraan Nabi Muhammad sebelum saya ber-tawakkal kepada Allah
untuk diri saya sendiri.
Setelah berdoa & ber-tawakkal, lalu
saya pun tidur.
☀ HARI KETIGA ☀
Bila saya terbangun pagi ini, dengan
keadaan tekak saya yang masih sama, saya masih berasa sedikit risau &
berfikir adakah saya perlu pergi ke doktor? (ini adalah kerana iman saya yang
masih lemah)
Astagfirullahalazim. Saya silap berfikir
begini kerana saya telah ber-tawakkal kepada Allah semalam & saya tidak
100% yakin yang Allah akan tolong. Kalau tak 100% yakin, itu yang selalunya doa
tak makbul walau kita dah buat semua: ‘USAHA-IKHTIAR-DOA&TAWAKKAL’
Saya juga telah difahamkan bahawa kalau
kita telah buat yang ‘final’ iaitu TAWAKKAL (bermakna telah menyerahkan 100% kepada
Allah masalah yang kita dah tak boleh tangani sendiri), kita jangan sekali-kali
masuk campur lagi & biarkan sahaja Allah tolong dengan cara-Nya yang
tersendiri. Itu menunjukkan yang kita yakin 100% dengan kuasa besar Allah.
Jadi saya terus lupakan niat saya pagi
tadi nak jumpa doktor & ‘stick to my belief’. Aaaahh, aku telah berdoa
& ber-tawakkal kepada Allah. Oleh kerana itu, Allah pasti tolong. ‘That’s
what I said to myself.’ J
Percaya atau tidak, saya pun makan
tengahari seperti biasa hari ini. Tanpa saya sedari, tiba-tiba tulang tersebut
telah pun hilang. Saya tahu sebab saya tidak lagi rasa sakit yang disebabkan tulang yang menusuk ke daging tekak saya tu.
‘It’s just gone’.
Saya amat bersyukur & berterima kasih ulang
kali kepada Allah dengan mengatakan.
“Alhamdulillah syukur atas segala rezeki
& pertolongan yang telah Engkau berikan padaku.”
Saya ni selalu lupa nak bersyukur, sebab
tu ber-syukur banyak kali ni. Nak ganti balik, nak bersyukur atas segala
pemberian Allah kepada saya dari dulu sampai sekarang. J
Ok, akhirnya “settle” masalah saya ni.
Tekak masih merasa bengkak & ia adalah normal, bekas tertusuk tulang ikan
kan.. Saya minum ubat batuk brand Woods. Kalau ada madu asli pun ia akan dapat
membantu untuk pulihkan sakit tekak ni.
☀ HARI KEEMPAT ☀
Menjelang petang, bengkak tekak saya telah
berkurangan 70%. Tinggal 30% je lagi bengkak tu nak baik.
☀ HARI KELIMA ☀
Pagi yang indah ini, bangun tidur sahaja
saya rasa sangat sihat & tekak saya telah pulih 100%! Yayyyyyyyy!
Bengkak dah hilang terus & tiada rasa
sakit lagi. 100% cured. Alhamdulillah.
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya
berharap cerita saya & tips yang telah saya kongsikan akan bermanfaat buat
semua. Semoga ia dapat membantu anda & orang yang anda kenal sekiranya ia
ada berlaku kepada diri sendiri.
“FORWARD
& SHARE this story with your friends & family members.”
Komen lah di bawah jika ada soalan &
jika ada tips lain yang anda sendiri telah cuba & berkesan – sila lah kongsikan.
Saya juga ingin mendengar cerita anda. J
Note:
For those who have kids, you may try MARSHMALLOWS for them. It could be easier for them to swallow MARSHMALLOWS as they'd love it. You could try for yourself too. I never try this for myself but tried by people of U.S.A.
Best regards,
Anjasmara
Malaysia
E: anjasmara.abdulrazak@gmail.com
Alhmdllh...keadaan anda pulih....sy sedng mengalami keadaan ini sekarang.....sy tercekik tulng ikn ms mkn berbuka khamis hr 2....hr ni sbtu....mcm2 cara sperti y anda lakukan sy jg tlh buat....msih ad lg tulang ikan ditekak saya....setiap kali solat sy berdoa mg allah permdhkn sakit sy...n mudah2an tulng ikn i2 hilang dr tekak sy.....hr ni h ke3....sy rasa da mula bengkak....sy ad jumpe dgn doc dklinik...ktnyer biarkn sj...t tulng ikn i2 akn hilang sndri tp ambil ms....insyaallah sy harap ia tidak memudaratkn keshtn sy....insyaallah smga Allah pemdhkn keadaan saya....pengalamn anda memberi ilmu jg pd sy...bhwa segala sesuatu sume atas kehendak Allah....
ReplyDeleteSlm. Terima kasih atas komen & perkongsian anda. Harap sabar sahaja & saya sendiri ambil masa, hari ke-5 selepas kejadian baru pulih sepenuhnya..Bertawakal & banyak kan selawat nabi ya. Yakin sahaja Allah akan bantu & in syaa Allah anda akan pulih nanti.. Dah 3 hari pun, dah tak lama lagi ni.. :)
Delete-Anjasmara
Terima kasih atas perkongsian. Saya terlekat tulang malam tadi. Sampai skrg tak nak keluar. Nak gi klinik macam takut je. Takpe saya usahakan dgn segala petua yg ada berdoa dan bertawakkal.
ReplyDeleteHi Puan Suhaila. Sama-sama. Memang saya berharap supaya perkongsian pengalaman saya akan dapat membantu (sedikit sebanyak) bagi yang senasib. Saya berharap kes anda akan selesai secepat mungkin, in syaa Allah. Banyak kan bersabar & yakin sahaja anda akan pulih nanti.. Dalam keadaan macam ni, tak banyak kita boleh buat kecuali ber-tawakkal.. Harap kan perkembangan positif untuk anda. Amin.
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTerima kasih atas tips terlekat tulang ikan. Saya menghadapinya malam td. Sekarang pun tulang masih belum keluar. Nak bercakap pun terasa sakit. Mlm td x blh tido. Tekak mula rasa bengkak. Semoga saya juga boleh hadapi ujian ini seperti saudari. Doakan saya juga ye. Tq
Waalaikummussalam Saudari. Harap banyak kan bersabar ya.. Moga anda cepat sembuh. :) In syaa Allah. Amin.
Delete-Anjasmara
Asslamualaikum,sudah 3 hari ini tulang di leher sy blum juga hilang tp sy bersabar smoga dengan tawakal dan berikhitiar akan hilang dengan sendirinya atas izin Allah . Aamiin
ReplyDeleteAmin..
DeleteAlhamdulillah saya temui blog tuan. Terima kasih perkongsian ini. Tadi tengahari saya terasa ada tulang tertusuk. Moga akan hilang sendiri dengan kehendak Allah swt. Inilah cara untuk kita sentiasa bergantung dan yakin dengan KEBESARAN NYA.
ReplyDeleteTerima kasih.
Sama-sama. Semoga keadaan anda akan pulih segera. In syaa Allah. Amin.
DeleteDisebabkan penangan asam pedas ikan jenahak malam nie, saya sedang mengalami kes yg sama,tulang ikan yg keras tapi halus telah menusuk tekak..nak dicunkil dgn jari jauh ke dalam..kedudukan tulang tu pun dekat bahagia tepi..memang payah nak c
ReplyDeletekeluar huhuhu..
Bila dpt jumpa pengalaman anda saya lega sikit..(memang takut nak jumpa doktor sebab kes nie hehheh) saya akan cuba tips anda..terima kasih ..
Yea la, masa mula-mula memang rasa panik, tapi semua ada jalan keluar nya . . moga-moga kes anda akan settle segera, in syaa Allah. Bawakan banyak bersabar yea. :)
Delete.
-Anjasmara
Saya baru je terkena tadi ,masih lagi panik , sya harap perkongsian awak dpat membantu saya sedikit sebnyak ,inshaaAllah ,saya akan amalkan sperti yg awak share mudah mudahan , dpat hilang tulang ikan dlam leher ni .. aamin
ReplyDeleteSedikit sebanyak harap tips bermanfaat untuk anda juga.. Moga awak akan cepat sembuh amin..
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya tertarik dengan perkongsian cerita tercekik tulang ikan dan cara untuk mengatasinya.‘USAHA-IKHTIAR-DOA & TAWAKKAL’ merupakan kaedah yang sangat baik diamalkan...saya sangat2 setuju. Pada masa ini saya juga senasib dengan anda, hari pertama tulang ikan sangkut di tekak. Sangat2 tidak selesa dibuatnya, kerana itulah saya menggunakan khidmat abg google ini untuk mencari tips merawat secara tradisional. Ya...saya akan sangat setuju dengan kaedah yang anda kongsikan dan saya akan buat perkara yang sama seperti dalam cerita ini. Hanya kepadaNYA kita berdoa dan hanya DIA yang memberi kesembuhan itu. Harap2 tulang ikan ditekak ini akan hilang akhirnya...insyallah.
Perkongsian ini diklasifikasikan terbaik bagi yang senasib...Terima kasih.
Waalaikummussalam.. saya berharap anda akan segera diberi kesembuhan, in syaa Allah. Terima kasih sudi membaca perkongsian saya & semoga ia bermanfaat.. :)
DeleteHaha smua Bila lekat tulang ikan , Sama mcm aku
ReplyDeleteBegitulah nampak nya . . . (",)
DeleteSy juga mengalami nya skrg..masuk Hari nie hari kedua dah..pergi ke klinik xray xnmpk tulang..tp bila sy suluh dan tgok dkt cermin ade nmpk tulang ikan..macam2 cara dah saya buat..nak mngis pn ade..doakan sy semoga dberikan kesembuhan dr Allah..
ReplyDeleteMaaf baru je baca.. maybe sebab tulang tu kecik je jadi x-tray tak nampak.. sekarang mesti dah ok kan? :) Bytheway betul ke nama awak anjasmara, sama pulak? :D
DeleteMinta maaf mencelah, saja nak berkongsi jugak. Saya pun melalui benda yang sama, tercekik tulang ikan (ikan kembung). Saya dah cuba pelbagai cara dari Google tapi masih tak berkesan sampailah dah masuk seminggu lebih baru saya pergi jumpa dokter. Disebabkan masih tak boleh detect keberedaan tulang ikan tu, saya diminta untuk buat X-ray. Yang anehnya, dia kata takde tulang berdasarkan X-Ray yang saya ambil sedangkan saya tengok sendiri dekat cermin, ada je bendasing (nampak macam tulang) tertempel kat kawasan amandel saya dengan adanya keputihan2 disekitar kawasan tu, tapi saya tak boleh nak kesan kalau itu infection/nanah, yang sedihnya ubat antibiotic pun tidak diberi. Hanya mampu berserah kepada tuhan sahaja, doakan saya segera sembuh π
Deletemaaf la baru perasan komen awak ni. sebab old comment.. mesti dah ok la ni.. btw tq membaca di sini ya.. :)
DeleteHari ni saya pun terasa tulang fi leher..nak telan air liur pun sakit.moga Allah dengar doa saya..
ReplyDeleteIn syaa Allah. Moga pulih segera. Amin.
Deletebaru sejam lepas saya tersekat tulang halus kat kerongkong... allahuu... x selesa sungguh.... semua petua dah cuba.... dlm masa sejam ..huhuhu... harap x berlarutan lah...sebab ni kali ke 2 kalau pergi jumpa doktor rasa malu juga..umur dah dewasa masih terlekat tulang... harap esk bangun tidur hilanglah ia... t.kasih kongsi doa tu.... doakan tulang ini hilang....πππ
ReplyDeleteSalam RZ, saya doakan awak kan akan cepat pulih dari keadaan ini... in syaa Allah amin. Bawa bersabar, beri masa ya..
DeleteSaya bru je terkena tulang ni ya Allah agak sakit dan x selesa habis maknan termuntah,kalu Sya baring sakitnya Allah je yg tau,tdi jm9 mlm lepas terkena tulang Sya telan nasi da ok tiba² jm1subuh dlm tdr Sya terjaga rupanya tulang masih menyangkut rasa mcm nak nangis je la
ReplyDeleteya akan rasa kurang selesa pada mulanya.. harap anda sabar je & yakin akan pulih nanti ya. Moga cepat sembuh. In syaa Allah amin.
ReplyDeletesΚα΄ α΄α΄Ι΄ α΄α΄Ι΄α΄ α΄α΄Ι’α΄α΄ α΄α΄ α΄α΄ΚΙ΄Ι’ α΄Κα΄α΄ Κα΄sα΄ sα΄α΄Ιͺα΄ α΄α΄ α΄ΚΚα΄Κ α΄α΄α΄‘ ΚΙ’ α΄α΄α΄‘ Κα΄Κα΄α΄2 α΄α΄Κα΄Ι΄Ι’ α΄α΄ α΄α΄Ι΄ ΙͺΚα΄Ι΄Ι’..α΄ α΄α΄α΄Ι΄ sΚα΄ Κα΄ sα΄α΄α΄Κα΄ α΄α΄Κα΄Ι΄Ι’ Ι΄Ιͺα΄ΚΚ ΙͺΚα΄Ι΄Ι’ :( α΄Η«
ReplyDeleteHi Naddy Mazlin. Ye la kena sabar je.. harap dah ok dah by now? moga cepat pulih ya. In syaa Allah. amin.
DeleteSaya sedang alaminya. Malam td baru suapan ke dua terus terasa tekak sakit.. Da try muntah kan tetap tak keluar tulang tu.. Nasi pon da cuba.. Sy akan cuba lg.. Dan bertawakal. Doakan saya. Thanks share tips
ReplyDeleteSalam June. Maaf baru je baca..saya berharap kes awak da selesai & kembali sihat.. In syaa Allah aminn... -anjasmara :)
Deletesya dh dekat seminggu dh ni kena kalau batuk sakit sngat
ReplyDeleteSabar ye awak. Moga cepat sembuh. Kalau 2-3 hari lagi masih xok, dinasihatkan jumpa doktor segera dapatkan Nasihat & Ubat.
DeleteDoakan saya juga,saya pon tercekik tulang ye lah tgh nikmat mkn tetiba tercekik pulak.Dh 2 hari tulang masih ada
ReplyDeleteMaaf baru baca.. Ni mesti da baik kan. In syaa Allah. :)
DeleteSalam Saya pn tengah alami skrg baru sehari mcm2 petua da try masi terasa tukang Kat tekak..rasa sakit bila telan liur..doakan sya supaya tukang tu hilang dri tekak sya..insyaallah amin..moga Allah sembuh segala penyakit Kita semua..insyaallah amin
ReplyDeleteWslm...maaf tau baru baca... Moga da sembuh da. :) Amin.
DeleteMcm sya skrg ni..baru sehari sakit bila nak telan air liur..tdur pn x selesa terasa mencucuk2 Kat tekak..doakan sya sembuh secepat mgkin ye..insyaallah amin moga Allah sembuh kan segala penyakit Kita semua insyaallah amin
ReplyDeleteMoga x kena lagi. In syaa Allah. :) Amin.
DeleteSye baru tahu tulang ikan pandai hilang kalau dlm kerongkong..cth kucing bila mkn tulang ikan slumber je mereke telan..πNauzhubillah minzalik Dari tersedak tulang ikan...
ReplyDeleteIye juga kan? Kucing makan die ok ok jek kan. π Kuasa Allah. Tiada yang mustahil bagi Allah. Subhanallah. π€²
DeleteAssalammualaikum .. saya nk tnya bengkak tu ade nampak kesan kat tengkok la mcm besar skit ann ... Tpi mcm saya dh 4 hari mcm tu tulang sangkut tpi xde bengkak pulak ... Jadi mcm mne ye ... Bahaya x ... Mkn pon xdela skit sgt rasanya
ReplyDeleteWslm...maaf xde pula alami bengkak luar masa kene ni..perlu tanya doctor jika kes sebegini ya. Moga makin sembuh dah sekarang..
DeleteSy baru terlekat tulang ikan ptg td.. tulang ikan kembung je.. rasa mcm halus sbb bila masukkan jari dpt rasa tulang tu kecik je dh try mcm² kepal nasi, kepal roti, minum air dlm tudung periuk (walau tak tau apa significantnya kaedah tu) tetap takmau keluar.pergi klinik, doktor cek tak nampak.. doc bg pilihan nak tggu tulang tu reput tp ada risiko infection n bernanah atau nk surat refer ke hospital. Sy ambik je dulu surat refer ke hospital tp tak sure lagi nak pergi ke tak sbb sy still blh mkn mcm biasa, telan air liur pun tak sakit, cuma sesekali terasa ada benda cucuk kat tekak huhuhu.. sampai skrg bila masukkan jari dekat kerongkong tu blh rasa tulang tu terlekat dekat bahagian tepi kerongkong selepas anak tekak.. harap² tulang tu hilanglah esok pagi...
ReplyDeleteHi Juju. Kebanyakan kes telan air liur rasa sakit...macam awak tiada rasa sakit..Jika tak teruk maybe biar dulu beberapa hari. Lagipun tulang kecil kan. Boleh je hari2 gargle mouthwash & minum cough syrup kalau nak elakkan bacterial infection.
DeleteFinally ...����
DeleteSama macam sayala..
DeleteTerima kasih atas perkongsian..saya dh semgggu lebih tercekik tulang ikan talapia merah.lpas 5 hari saya pergi klinik sbb risau punya pasal..sampai sana cek tak nampak tulangnya sbb dlm sangat jd dorg suruh buat x ray..dh x rau pn tak nampak juga tulangnya, jd doktor sana bg surat supaya pergi kehospital shj utk buat pemeriksaan lebih lg...sampai skrg saya tak pergi..saya berserah je pd Allah..Allah yg mengizinkn ia terlekat Allah jua yg akn mengizinkn ia pergi.
ReplyDeletehi.. awak siap dah ke klinik cek & dah xray xnampak.. maybe tulang tu saiz nye sangat kecil. Walaupun kecil bila tersangkut itulah memang kita tak tahu nak buat apa kan. Saya harap awak bersabar ya..doa & tawakkal je lah.. dah 5hari ni, in syaa Allah xlama lagi nanti settle lah. Amin.
DeleteMoga Jas tak tercekik tulang lagi π
ReplyDeletemoga² :)
Delete