" A little of kindness goes a long way. "

Saturday 30 April 2016

Apa Nak Buat Kalau Tercekik Tulang Ikan?

  CARA ATASI BILA ANDA TERCEKIK TULANG IKAN  

Note:
This article is written in Malay language. If you’d like to read in English or other languages, please make use TRANSLATE (by Google) button provided at sidebar - located at the right handside of my blog. (function applicable for WEB VERSION / DEKSTOP VIEW only)

Saya terpanggil untuk menulis tentang topik ini disebabkan apa yang berlaku kepada saya baru-baru ini. Selalunya kes ini ‘settle on the spot’ & ini adalah kali pertama kes ini berlaku kepada saya yang ianya tidak selesai dalam masa 1 hari. Saya ni langsung tak ‘religious’ orangnya, percaya atau tidak – inilah cara saya atasi masalah saya ini. Kita biasanya akan belajar lebih dari pengalaman diri sendiri. Hmmm... ‘proven to be true.’

☀ HARI PERTAMA 
Pada suatu hari dalam bulan Mac 2016, saya sedang makan tengahari berlauk kan ‘Ikan Merah Masak Asam Pedas’ di rumah. Ia memang lah salah satu makanan kegemaran saya. 


Tiba-tiba, tekak saya berasa sakit & rasanya seperti tulang ikan yang tertusuk di tekak saya ni. Saya terus mencuba beberapa teknik yang biasa saya buat sejak kecil lagi & teknik baru seperti:
1)   Telan kepalan nasi
2)   Telan kepalan roti
3) Telan sebahagian pisang yang tidak dikunyah
4) Muntah kan
5) Memasukkan jari saya sedalam boleh ke dalam tekak untuk mencapai tulang tersebut
6) Minum air banyak-banyak
7) Minum sesudu cuka yang mungkin dapat membantu melembutkan tulang ikan, dengan harapan tulang itu senang digerakkan atau hancur


Walau bagaimana pun, saya masih rasakan tulang itu masih di tekak saya. Memang sah tulang ini betul-betul tertusuk di tekak saya (bukan hanya tersangkut), saya agak itulah sebabnya ia tidak mudah digerakkan (secara teori).
Saya berasa cemas & mula membaca tips-tips dari orang yang pernah alami pengalaman ini & juga nasihat doktor di websites mereka. Saya baru tahu ada nya doktor yang pakar dalam mengeluarkan tulang ikan. (type je kat google: ‘Doktor Tulang Ikan’, nanti jumpa lah infonya). Doktor tersebut mempunyai alat-alat tersendiri seperti sepit panjang, di mana saya difahamkan sepit itu ada di pasaran & anda boleh membelinya untuk kegunaan di rumah jika mahu.


 Berdasarkan pembacaan saya, doktor berkata sekiranya teknik-teknik sendiri yang telah saya cuba di atas tidak berjaya, anda mempunyai pilihan untuk:


1)  Terus melawat doktor pakar supaya doktor boleh memeriksa keadaan tekak anda & membantu mengeluarkannya
*atau*
2) Membiarkan sahaja tulang tersebut selama 2-3 hari dahulu kerana selalunya tulang ikan akan hancur dalam badan manusia setelah 2-3 hari oleh kerana sistem penghadaman semulajadi badan manusia.

Dalam hari pertama kejadian ini, saya pun membiarkan sahaja tulang itu yang masih tertusuk di tekak saya & tidur.

☀ HARI KEDUA 
Bila saya bangun tidur dalam hari kedua, saya masih merasakan tulang tersebut di tekak saya & saya makan seperti biasa dengan mengulangi lagi beberapa teknik sendiri seperti yang telah saya ceritakan. Namun, sama juga – tiada perubahan. Menjelang petang, tekak saya mula merasa bengkak, rasanya sama seperti jika anda terkena flu & bengkak tekak.


Saya biarkan sahaja lagi, tidak mahu melawat doktor kerana saya tiada keyakinan & tidak mahu mengambil risiko. Saya masih sayangkan tekak saya (he he) & berharap kes ini akan selesai secara semulajadi (natural way). Jadi, saya cuma usaha & ikhtiar mengikut kemampuan saya sahaja yang saya yakin ia adalah jalan selamat untuk saya. Saya yakin, Tuhan faham kemampuan manusia adalah terbatas. Sebelum tidur saya berfikir, saya tahu saya telah ber-usaha & ber-ikhtiar dan inilah masanya untuk saya ber-tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdasarkan nasihat orang yang saya percayai, saya pun membaca doa seperti di bawah dengan memahami maknanya sekali.

Inilah yang saya baca, beserta maknanya-lebih kurang:

Bismillahirrahmannirrahim.
(Dengan nama Allah yang maha pemurah & maha penyayang.)

Alhamdulillahirabbil alamin.
(Segala puji-pujian tertentu hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam.)

Wassalatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasahbihi ajmain.
(Solat & salam ke atas Nabi Muhammad & ahlul baitnya.)

Assalamualaika ayyuhannabiyu warahmatullahiwabarakatuh.
(Memberi salam kepada Nabi Muhammad.)

Allahumma salli ala sayyidina muhammad wa’ala aali sayyidina muhammad.
(Berdoa kepada Allah supaya men-sejahterakan Nabi Muhammad & ahlul bait menerusi bacaan selawat.)

Bismillahi tawakkaltu alallah, la hawla wala kuwwata illa billa hil aliyyil ‘azim.
(Dengan nama Allah, aku ber-tawakkal kepada Allah, tidak ada daya upaya melainkan kuasa besar Allah.)

Berdasarkan kefahaman saya, bila kita mendoakan kesejahteraan Nabi Muhammad iaitu kekasih Allah, Allah akan lebih sayang dengan kita & doa kita yang baik untuk kita akan makbul. Saja saya jelaskan hal ini sekiranya ada yang terfikir kenapa doa saya panjang sangat & kenapa mendoakan kesejahteraan Nabi Muhammad sebelum saya ber-tawakkal kepada Allah untuk diri saya sendiri.

Setelah berdoa & ber-tawakkal, lalu saya pun tidur.


☀ HARI KETIGA 
Bila saya terbangun pagi ini, dengan keadaan tekak saya yang masih sama, saya masih berasa sedikit risau & berfikir adakah saya perlu pergi ke doktor? (ini adalah kerana iman saya yang masih lemah)

 Astagfirullahalazim. Saya silap berfikir begini kerana saya telah ber-tawakkal kepada Allah semalam & saya tidak 100% yakin yang Allah akan tolong. Kalau tak 100% yakin, itu yang selalunya doa tak makbul walau kita dah buat semua: ‘USAHA-IKHTIAR-DOA&TAWAKKAL’

 Saya juga telah difahamkan bahawa kalau kita telah buat yang ‘final’ iaitu TAWAKKAL (bermakna telah menyerahkan 100% kepada Allah masalah yang kita dah tak boleh tangani sendiri), kita jangan sekali-kali masuk campur lagi & biarkan sahaja Allah tolong dengan cara-Nya yang tersendiri. Itu menunjukkan yang kita yakin 100% dengan kuasa besar Allah.

Jadi saya terus lupakan niat saya pagi tadi nak jumpa doktor & ‘stick to my belief’. Aaaahh, aku telah berdoa & ber-tawakkal kepada Allah. Oleh kerana itu, Allah pasti tolong. ‘That’s what I said to myself.’ J

Percaya atau tidak, saya pun makan tengahari seperti biasa hari ini. Tanpa saya sedari, tiba-tiba tulang tersebut telah pun hilang. Saya tahu sebab saya tidak lagi rasa sakit yang disebabkan tulang yang menusuk ke daging tekak saya tu.
‘It’s just gone’.


Saya amat bersyukur & berterima kasih ulang kali kepada Allah dengan mengatakan.
“Alhamdulillah syukur atas segala rezeki & pertolongan yang telah Engkau berikan padaku.”

Saya ni selalu lupa nak bersyukur, sebab tu ber-syukur banyak kali ni. Nak ganti balik, nak bersyukur atas segala pemberian Allah kepada saya dari dulu sampai sekarang. J

Ok, akhirnya “settle” masalah saya ni. Tekak masih merasa bengkak & ia adalah normal, bekas tertusuk tulang ikan kan.. Saya minum ubat batuk brand Woods. Kalau ada madu asli pun ia akan dapat membantu untuk pulihkan sakit tekak ni.

☀ HARI KEEMPAT 
Menjelang petang, bengkak tekak saya telah berkurangan 70%. Tinggal 30% je lagi bengkak tu nak baik.

☀ HARI KELIMA 
Pagi yang indah ini, bangun tidur sahaja saya rasa sangat sihat & tekak saya telah pulih 100%! Yayyyyyyyy!
Bengkak dah hilang terus & tiada rasa sakit lagi. 100% cured. Alhamdulillah.


Terima kasih kerana sudi membaca. Saya berharap cerita saya & tips yang telah saya kongsikan akan bermanfaat buat semua. Semoga ia dapat membantu anda & orang yang anda kenal sekiranya ia ada berlaku kepada diri sendiri.

FORWARD & SHARE this story with your friends & family members.”

Komen lah di bawah jika ada soalan & jika ada tips lain yang anda sendiri telah cuba & berkesan – sila lah kongsikan. Saya juga ingin mendengar cerita anda. J

Note:
For those who have kids, you may try MARSHMALLOWS for them. It could be easier for them to swallow MARSHMALLOWS as they'd love it. You could try for yourself too. I never try this for myself but tried by people of U.S.A.

Best regards,
Anjasmara
Malaysia
E: anjasmara.abdulrazak@gmail.com